SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Sumber imej: i luv islam.com

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH DARI KAMI WARGA PRIMERA, BERSAMA SAMA LAH KITA MENGEJAR KEBAIKAN DI BULAN YANG MULIA INI.

PRASANGKA



Rasulullah bersabda:
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata
yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.”

(Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)


Sikap dengki mendengki sentiasa ada dalam diri manusia, tak kira bangsa, jantina, warna kulit atau saiz berapa kasut yang dipakai. Manusia sering merosakkan hatinya dengan penyakit dengki sedangkan orang yang menjadi mangsa itu tidak melakukan kesalahan apa pun ke atasnya.

Berkata Abu Mu'taz, “Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Penyakit yang sinonim dengan umat Islam kini menjadi racun yang cukup mujarab bagi pihak-pihak yang tidak menyenangi keharmonian Islam untuk menambahkan lagi persepsi negatif terhadap Islam. Dalam kita sibuk mengambil tahu hal ehwal orang yang tidak bersalah, menyebarkan fitnah, caci mencaci dan sebagainya, pihak musuh hanya bertepuk tangan melihat umat Islam berjihad menghancurkan agama sendiri bukannya berjihad mempertahankan agama, nauzubillah.

Rasulullah bersabda lagi, “Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.” Rasulullah melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian.Baginda turut melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain kan.

Jadi sama-sama kita muhasabah diri kita supaya terhindar dari sikap keji dan jelek ini, takut kan kalau kat padang mahsyar nanti Nabi tak mengaku umat, komfem masa depan nak masuk syurga menjadi gelap pekat, jadi cepat-cepat laa kite muhasabah dan bertaubat :)

Muslim dari sudut akhlak



Dalam kitab "Maza Ya'ni Intima'i Lil-Islam", bab 3 ade menyatakan tentang Muslim dari sudut akhlak iaitu:

1) Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.

2) Memelihara pandangan.

3) Memelihara lidah.

4) Bersifat pemalu.

5) Lemah lembut dan sabar.

6) Bersifat benar.

7) Tawadhuk.

8) Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

9) Bermurah hati.

ISLAM-IMAN-IHSAN



Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya
ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya
ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim

NIAT




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi

Adab bertanya

Imej dari google
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kandungan Hadis :

1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.

2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.

3) Buat apa yang disuruh :
i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.

4) Larangan banyak bertanya :
-perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
-pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
-pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
-masaalah yang tidak berlaku.

Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.

Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang
termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya
tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu
mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau
sakit.

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah
para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa
kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi
kesilapan ini.

Agama itu nasihat

Imej dari google
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :
1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai
sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan
sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari
berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka
jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan
umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun
pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik
dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan
status.

Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan
beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Keluasan ihsan, taqwa

Daripada Abu Ya'la Syaddaad Bin Aus r.a,
daripada Rasulullah SAW baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan terhadap segala sesuatu. Jika kamu membunuh, laksanakanlah dengan cara yang baik, dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik dan hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya serta hendaklah dia merehatkan sembelihannya".

Daripada Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abdur Rahman Muaz Bin Jabal r.a,
daripada Rasulullah SAW bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susuliah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik".

Cinta Tuhan

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 208:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata.”


Pertama sekali ape yang hendak dinyatakan di sini ialah seruan untuk orang-orang yang beriman masuk ke dalam daerah ketenangan. Apa maksud ketenangan itu? ketenangan itu ialah kerahmatan, keberkatan, kecintaan, naungan dan kasih sayang dari Kekasih kepada kekasih. Siapa? Cinta Allah kepada makhlukNya! Siapa yang layak memiliki ketenangan dan memasuki daerah kecintaan yang agung ini? Sudah tentu yang menyahut seruan yang kedua dalam ayat ini iaitu yang menjauhi jejak-jejak dan langkah musuh yang nyata, iaitu syaitan laknatullah.

Mengikut jejak syaitan adalah langkah yang silap dari tujuan kehidupan ini, yakni dengan sengaja menyampakkan diri ke dalam lembah kegusaran, kehinaan dan kesengsaraan. Apalah nilai sedikit keseronokan dengan mengikot syaitan dan nafsu sedangkan kehancuran dan sengsara yang menunggu di depan? Sesungguhnya maksiat dan kejahatan adalah suatu yang perasaan kita tidak redha, tidak tenang dan menimbulkan kegusaran terhadapnya.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama mencari jalan orang-orang yang Allah telah kurniakan ni'mat ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang Allah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Jangan kite asyik nak berseronok dengan dunia je, sedangkan hati kite sakit, tiada ketenangan dan rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta Tuhan itu agung, maka agungkan cinta itu dulu... cinta pada dunia, bermakna menurut bisikan cinta syaitan, jadikan dunia ini di dalam genggaman tangan kita, bukan dunia itu menggenggam hati kita.

Ayuh muhasabah!

Wahai saudara-saudaraku,

Apakah yang menghancurkan diriku hari ini?

Hatiku menjawab, sikap kefanatikanku, politik dan gila kuasa dan bersikap jumud menjadi hidanganku, suka bertelagah pada perkara yang sia-sia menjadi santapanku, berbahas pada perkara yang tidak penting menjadi hobiku. Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan seleraku, suka berhiburan dan keseronokan agenda harianku. Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Aku merasa kagum dengan cara hidup dan kemewahan hidup kuffar musuh. Lalu aku dengan terburu-buru meniru mereka tanpa mengira baik buruk sehingga akidahku tergadai".

Hatiku mengongoi cembeng bibirnya, lalu berkata hati:

"Lihatlah dirimu, adakah ini yang kau nak bawa ketika menemui Tuhanmu? Apa jasamu pada orang tuamu? Apa yang kau curahkan untuk agamamu? Di mana belasmu terhadap saudara seagamamu?" lidahku ku kelu, otak ligat memikirkan alasan apa yang perlu ku beri dalam menjawab persoalan ini... Dalam ligat memikir, kakiku, mulutku, mataku, telingaku, tanganku seraya menjawab, "tiada apa yang si celaka ini bawa untuk menghadap Tuhan! Hanya segunung beban dosa serta amanah yang diabaikan!"

Peluhku terus merintik, masa semakin hampir, berkata hati,

"Di sisi mu umat sedang bergolak, segalanya berantakan, yang dulunya teguh kini menanti rebah, kepimpinan yang zalim, maksiat berleluasa tetapi engkau tak ambil peduli, jadi jangan engkau kesali jika Tuhan tidak memperdulikan dirimu ketika kekasih-kekasih Nya sedang melangkah ke syurga, engkau hanya mampu menelan liur!"
Sedikit nota untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat :)

Inilah saya, anda pula siapa?

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri. Inilah saya, anda pula siapa?” (As Syahid Hassan Al Bana).

1) Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.

Beginilah hakikat kehidupan kita sebagai manusia. Umpama berjalan di atas satu jambatan yang bersimpang siur, di bawahnya jurang yang dalam dan gelap. Jika tersalah langkah atau tersilap perkiraan, kita akan jatuh ke dalam jurang atau tersesat ke simpang yang salah. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari jalan yang benar. Gunakan GPS anda! Iaitu sumber yang benar. Apakah GPS saya? Jawapannya Al Quran dan As Sunnah. Selagi kita masih berada dalam perjalanan dan belum sampai ke destinasi dan tujuan kita, maka jangan sesekali tinggalkan GPS anda! silap perkiraan salah arah anda nanti.

2) Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.
Kemanusiaan? Apakah itu kemanusiaan? Kemanusiaan ini umpama sehelai kain yang cukup indah dan mahal harganya. Hanya berasal dari sehelai kain yang putih dan tiada nilai seni dan estetika, kemanusiaan itu mencorak dan merubah nilai sesuatu itu dari kosong ke nilai yang amat tinggi dan berharga. Siapalah manusia ini, berasal dari setitis air mani kemudian dibentuk dan ditiupkan roh ke dalamnya. Nilai kemanusiaan itu mengangkat darjat manusia itu ke satu tahap yang amat tinggi di sisi Tuhan. Bagaimana mahu menghasilkan corak yang terbaik dan bermutu tinngi? Carilah resepinya di dalam dua sumber yang agung, Al Quran dan As Sunnah.

3) Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Semangkuk hidangan yang berkhasiat, bermanfaat dan mengenyangkan adalah hasil dari kejituan resepi si pembuatnya. Sudah tentu dari bahan-bahan dan rempah ratus yang halal, berkualiti, suci dan bersih. Malahan yang amat bernilai dan mahal harganya. Begitu juga sebuah negara yang berkat dan makmur, sudah tentulah hasil daripada nilai integriti kepimpinan yang berkualiti tinggi dan kejituan perlembagaan/undang-undang yang memenuhi segenap aspek kehidupan rakyat yang pelbagai agama dan bangsa. Siapakah kita? Kita adalah manusia, penduduk di atas muka bumi Allah ini. Maka kita adalah ciptaan kepada Sang Pencipta yang mengetahui segala keperluan dan spesifikasi ciptaan Nya. Dari mana kita perlu ambil tatacara atau 'guideline' untuk hidup sebagai makhluk? Sudah tentu dari Al Quran dan AsSunnah. Segala 'guideline', perlembagaan, undang-undang dan rempah ratus ada di dalamnya.

4) Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Di sinilah nilai cinta dan kasih sayang itu. Hakikat hidup kita sebagai manusia, nilai kemanusiaan itu dan rahsia hidup ini. Inilah seronoknya hidup berlandaskan syariat. Segala-galanya terjaga dan mengikut tertib. Semuanya ada bimbingan dan rujukan dalam setiap aspek kehidupan kita. Sejak dari zaman Nabi hinggalah zaman ulama kontemporari kini segalanya telah lengkap dan sempurna. Pokok pangkalnya terpulang pada kita untuk melaksanakan segala titah perintah Allah dengan hati yang tulus ikhlas. Dan sudah tentu jalan menuju Tuhan adalah jalan yang benar, hidup dan mati hanyalah keranaNya.

Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More